TAZKIRAH

HebAtNya OraNg YaNg sEnTiAsa IkHlaS

Terdapat suatu kisah seorang saudagar yang sedang memegang roti dan mahu memakannya,tiba-tiba datang seekor burung gagak yang mahu menerkam rotinya(roti itu sahaja yang dia ada untuk makan)lalu saudara tersebut mengekori burung tersebut yang hanya terbang tidak jauh lalu berhenti menyebabkan saudagar itu mengekori burung tersebut sehingga tiba di suatu hutan,,saudagar tersebut hanya mengintai apa yang dilakukan burung gagak itu yang masih ada roti diparuhnya...rupa-rupa burung itu menyuap seoarang lelaki yang dikat pada sebatang pokok dalam keadaan yang lemah dan letih sekali serta kelaparan.Hal demikian menyebabkan saudagar trsebut pergi pada lelaki itu dan membuka ikatan,lalu saudagar itu pun bertanya.."apakah amalan yang telah engkau lakukan sehingga burung gagak itu menyuap makanan pada engkau?"jawab lelaki tu,,"aku tidak ada sebarabg amalan yang istimewa..tetapi ,setiap kali aku melakukan amalan dan pekerjaan,,aku niat ikhlas pada ALLAH dan melakukannya kerana ALLAH"..berusahalah agar kita tergolong dalam kalangan orang yang ikhlas...



TaNda-TaNda HaTi KiTa KeRas..

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan,ia juga adalah temmpat lahirnya cinta dan benci,keimanan dan kekeufuran,taubat,sifat degil serta ketenagan dan kebimbangan.

Hati merupakan sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun jika sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menidainya.aktivit yang dilakukan sering berpunca dari lurus dan bengkoknya hati.

Abu Hurairah berkata,"hati adalah raja sedangkan anggota badan hanyalah tentera.Jika raja itu baik,maka akan baik pulalah tenteranya.Jika raja itu buruk,maka akan buruk jugalah tenteranya.


Hati yang keras memempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali,antara yang terpenting ialah:



a )Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

terutamanya malas untuk melaksanakan ibadah,malah memandang ringan.Misalnya tidak serous dalam menunaikan solat,atau merasa berat dan enggan menunaikan ibadah-ibadah sunat.Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firmannya yang bermaksud,"Dan mereka tidak mengerjkan sembahyang,melainkan malas dan tidak (pula)menafkahkan (harta) mereka melainkan rasa enggan



b )Tidak berasa gerun dengan ayat Al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat berkenaan dengan janji dan ancaman Allah,hatinya tidak terpengaruh sama sekali.Mereka juga lalai dari membaca Al-Quran serta mendengarkannya.Bahkan enggan dan berpaling daripadanya.Sedangkan Allah S.W.T memberikan peringatan,"Maka beri peringatanlah dengan Al-Quran orang yang takut denga ancamanku."



c )Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Segala keinginannya tertumpu untuk uirusan dunia semata-mata.Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia sahaja.Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki,ego,individulistik,bakhil serta tamak terhadap dunia.

d )Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati,kekuatan iman menjadi lemah,tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain,tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.      


BahAyA LiDaH-MeNcArUt 

Saudaraku..banyak tlah kita membicarakan tentang kebinasaan yang dihasilkan oleh lidah.Antaranya boleh memecahbelahkan persaudaraan,meruntuhkan rumah tangga dan menjatuhkan maruah orang lain dan diri sendiri...

Disini,saya bawakan satu lagi kisah berkaitan dengan keburukan Naminah(mengacum) yang memisahkan suami isteri:"seorang pekerja yang berkhidmat untuk sepasang suami isteri,berniat jahat kepada mereka berdua agarberlaku perpisahan.Pekerja itu memberitahu si isteri cara untuk mendampingi suami dengan cara yang terbaik agar disayangi.Caranya ialah denga mencukur janggut ketika suami sedang baring.Bagaimanapun lain pula yang diceritakan suami bahawa si isteri akan membunuh kamu sewaktu kamu baring"banyangkan apa yang terjadi kepada suami isteri itu.

Saudaraku..hari ini satu lagi bahaya lidah yang akan kita bicarakan.Walaupun ia tidaklah sebahaya Naminah yang telah menghancurkan dan meruntuhkan rumah tangga,namun ia menjatuhkan maruah diri.Mencarut yang disebut dalam bahasa arab yand bermaksud kata-kata maksiat yang membangkitkan nafsu syahwat atau ungkapan-ungkapan yang menggunakan kata-kata lucah.Kata-kata lucah termasuk perkara yang dibenci dan dimurkai Allah S.W.T yang merujuk kepada orang-orang yang bercakap buruk dan lucah pada hari kiamat yang bermaksud:"dan kami bersama orang-orang yang buruk ungkapan dan kata-katanya".-surah Al-Muddathir:45.

Saudaraku...Daripada ayat di atas Alla S.W.T melararang kita daripada bersekongkol dan bersedia mendengar ucapan dan ungkapan lucah.Nabi S.W.T bersabda dalam sebuah hadisnya yang bermaksud:"Awaslah kamu daraipada kata-kata keji.Sesungguhnya Allah tidak suka kata-kata keji dan berkata keji".

Saudarakku...berhati-hatilah agar kita sentiasa berwaspada daripada kata-kata itu kerana kata-kata seperti itu memang senang diucap.Belajarlah kita melalui ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi S.W.T yang menggunakan ungkapan yang berhati-hati dan beradab apabila menyentuh tentang hubungan jenis lelaki perempuan seperti firman Allah Taala yang bermaksud:"isteri kamu adalah ladang kamu,maka datangilah ladang kamu mengikut keinginan kamu".

Semoga dapat pengajaran daripada gaya bahasa al-Quran dan hadis-hadis nabi dalam kehidupan kita seharian.