SALAM 1Ummah , 1Naim , 1SBT dan sebagainya yang same waktu dengannya .
Okey , sukacitanya sy mengambil keputusan utk terus meng-update blog ini walaupun haritu tak menang dlm pertandingan blog kelas -.-' . Honestly , memang menaruh harapan yg terlalu tinggi utk menang . Tapi takpe , bukan rezeki kami sekelas . InsyaAllah , bila sy ada masa dan tajuk yg sesuai utk di-update-kan disini , blog ni takkan sepi . Hehhe . Kira-kira 2-3 hari yg lepas , kami-kami student Form 3 telah selamat mendarat di Zon Selesa walaupun hakikatnya masih belum mencapai 'keselesaan' yang 'real' . Kami sume dah menduduki peperiksaan Percubaan PMR minggu lepas dan gak minggu ni . Jujurnya , soalannya langsung tak susah . Tahap biase-biase je . Tapi masalahnya , jawapannya yg susah . Kan bes kalau ada pilihan jawapan 'E' [tak tau] kat kertas objektif . Malangnya takde , so dengan menggunakan apa jua pistol atau meriam mahupun bom , kami terpakse menjawab gak soalan tu . Betul atau salah , itu soal kedua . Majoriti kabinet menteri 3US mendapati exam kali ni memang the worst exam ever ah . Sorry to say , tapi exam Sejarah memang blank giler time tgh exam . Kadang-kadang langsung tak ingat yg pernah belajar benda tu sume. Huh . Cabaran la katekan . Nasib baik cikgu buat muka slumber land je walaupun markah kami-kami memang teruk . ;) Tapi , kata orang tua-tua , exam Trial memang susah berbanding PMR . So , InsyaAllah , PMR nanti , dapat markah yg lagi bagus dari Trial . Amin . :)