JOM KETAWA



Seorang remaja bernama Sakinah  minta diizinkan oleh ayahnya untk menggunakan kereta untuk membeli barang di kedai yang tidak berapa jauh dari rumah mereka,,
Sakinah     : Ayah,,,boleh tak nak gunakan kereta ke kedai??
Ayah         : apa gunanya kaki kamu tu?
Sakinah     : Kaki kanan tekan minyak,,kaki kiri pula untuk tekan "clucth"


WRONG COLOUR


Suatu hari Minah menghubungi Mr. Brown
Minah      : Hello,,can I talk to Mr.Brown??
Penerima  : Sorry,,,this is Mr. Black..not Mr Brown
Minah      : Opps,,sorry,,wrong colour.....

TAK BOLEH PEGI MANA-MANA

Cikgu Fadzli bertanya kepada murid-muridnya di dalam kelas darjah 1,,
"siapa yang nak pergi ke syurga angkat tangan"
semua murid terus mengangkat tangan kecuali seorang sahaja iaitu Alia,,
Cikgu lantas bertanya kepadanya"kamu tak ingin ke syurga Alia??"
Alia terus menjawab ,"tak mengapalah cikgu,,mak saya pesan lepas sekolah ,balik rumah terus,
tak boleh pergi mana-mana"

BIBIK JAWAB TELEFON
Pada suatu hari,,seorang pemuda menelefon sebuah kediaman dan diangkat oleh bibik rumah tersebut yang bernama Yanti,,,,
Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Yanti : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…


Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Yanti: Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)


Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Yanti : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Yanti: Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Yanti : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)


Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Yanti : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Yanti : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Yanti: Hah..!…. (pengsan)


Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,


Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Yanti: (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Yanti : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Yanti : ??@#$%^??… (terkejang!)

Bella dan Muna
Muna: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
Bella: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit 
--------- ------------ ---
Bella: Semalam aku nampak hantu! 
Muna: Uih! kau terkejut tak? 
Bella: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku. 
Muna: Mana kau tahu? 
Bella: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
--------- ------------ ---
Muna: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin? 
Bella: Gula dah habis! 
Muna: Yang kau pergi campur garam apasal?
Bella: Kan aku kata, sebab gula dah habislah
--------- ------------ ---
Bella:Kau ada AIDS ke??!!
Muna: Aku ada AIDS? mana ada! 
Bella: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10,,,,,
--------- ------------ --- 
Muna: Bella, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk! 
Bella: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.


.